YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah rahmati kita semua.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kpd ku kesihatan yg baik, rezeki yg melimpah ruah & permudahkan segala urusan ku..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.. Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

aku niat dgn sedekah subuh semoga di kurniakan rezeki sales melimpah ruah dan close tender akan datang. Amin..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, berikanlah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berikanlah aku kekayaan dengan kurniaanMu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain selainMu, Ya Allah permudahkan segala urusanku dengan kebaikan.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAIFUL ANNUAR BIN ZAINAL

3 tahun yang lepas

Ya Allah, jadikanlah keluarga ku ini kaya raya dgn rezeki Mu yang halal, supaya kami dapat membantu golongan2 susah yang lain

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: