YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

SITI KHAMISAH MD HASSAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Baari' permudahkn urusan mereka Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim alirkn pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,adik beradikku,keturunanku,sahabat2ku,guru2ku,muslimin muslimat,mukminin mukminat. Ya Allah Ya Wahhab Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn aku kesihatan yg baik,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg blh membantu aku berdakwah kejalanMu dunia akhirat.Aaminnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosa2 kami, teguhkanlah iman kami, terimalah amalan kami, bersihkanlah hati kami, perbaikilah akhlak kami dan jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NAZEER KHAN BIN MOHD MAIDEEN

3 tahun yang lepas

Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq Ya Wahhab Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, Astaghfiruka wa atubu ilaik. Ampunilah dosa dosa kami dan kurniakan rezeki yang melimpah kpd kami. Permudahkanlah urusan kami, dunia & akhirat, utk kami semua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NAZEER KHAN BIN MOHD MAIDEEN

3 tahun yang lepas

Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq Ya Wahhab Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, Astaghfiruka wa atubu ilaik. Ampunilah dosa dosa kami dan kurniakan rezeki yang melimpah kpd kami. Permudahkanlah urusan kami, dunia & akhirat, utk kami semua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sedeqah kerana Allah ampunkn dosa2 kami dan dosa2 ibubapa kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD

3 tahun yang lepas

Ya Allah mudahkanlah urusan ku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: