YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah pmudhkan segala urusan dan kurniakan rezeki yang lebih, kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat sedekah dan infaq lebih banyak lg

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOR HASLINDA MOHD MOKHATAR

3 tahun yang lepas

Semoga Allah redha dan permudahkan segalanya utk kita

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah terima segala amal jariah kita dan dipermudahkan urusan kita selanjutnya jg

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosaku & dosa kedua ibu bapaku. Sihatkanlah tubuh badanku, kedua ibu bapaku & anak2ku.. Anugerahkanlah kesembuhan dan penawar buatku.. Aamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah terima amal jariah kita dan dipermudahkan segala urusan selanjutnya

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

ya allah...terime lah segale amal ibadah kami sebagai umat nabi muhammad s.a.w. .Ampunkanlah dose² kami.sesungguhnye kaulah maha pengampun lagi maha mengasihani.tolong amin kan guys...

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: