Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,125 / 22.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
42 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Semenanjung Gaza merupakan salah satu gambaran perjuangan dan krisisnya ekonomi yang teruk akibat dari penjajahan panjang di Palestin. Kerosakan infrastruktur kritikal tidak sebanding dengan pembangunan yang lemah. Penduduk Palestin tidak boleh merasa seperti semua orang di seluruh dunia. Statistik mendedahkan jumlah kemiskinan yang meningkat secara mendadak karena penjajahan ini disertai dengan pembatasan perekonomian.
Penjajahan selama lebih dari 16 tahun ini memburukkan kondisi keluarga Gaza. Ramai dari mereka mengalami kerosakan mental dan fizikal. Um Mohammed adalah salah satu daripada kes ini. Dia ialah seorang ibu kepada 5 orang anak dan pencari nafkah selepas kematian suaminya. Sisi yang menyakitkan adalah apabila anda tahu bahawa tiada sumber pendapatan untuk membesarkan anak-anak atau juga menjalani kehidupan yang layak. Dua anak lelaki sulung telah menamatkan pengajian dan yang bongsu pandai kerana dia adalah seorang Hafiz Al-Quran. MashaAllah.
Penjajahan ini tak menyurutkan semangat penduduk di Palestin untuk menegakkan agama Allah dan mempertahankan tanah air mereka. Alhamdulillah masjid-masjid di Gaza yang masih berdiri terus memeriahkan aktiviti dengan pengajian Al-Quran bagi kanak-kanak. Kanak-kanak ini yang akan meneruskan perjuangan Palestin terutamanya menghafal dan mengamalkan Al Quran. Namun dengan keterbatasan Al Quran di beberapa masjid di Palestin banyak yang sudah lusuh dan koyak.
Tuan dan Puan, Asar Humanity ingin mengajak anda untuk bersedekah Al Quran supaya kanak-kanak tahfiz ini lebih bersemangat lagi belajar dan menghafal Al Quran. InshaAllah setiap huruf yang dibaca membawa rahmat kepada kita semua yang membantu mereka. Sudah tentu juga untuk memastikan ayat-ayat suci Al-Quran terus didengari di bumi Palestin.
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (Quran Surah Faatir 35:29)
Semoga Allah limpahkan keberkahan dan perlindungan untuk Tuan/Puan serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hasbunallah wa ni’mal wakiil. Pagi ini kami mendapat berita bahawa 9 rumah tahfiz di Utara Gaza yang termasuk dalam program tasmi dan tahfiz Al Quran Asar Humanity telah musnah selepas dihancurkan oleh Zionis. Khabarnya beberapa anak Tahfiz mati syahid. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Kami tidak mahu nama anak-anak yang kami siarkan dalam kempen ini menjadi mangsa kezaliman Zionis.
Tuan dan Puan, kami mengajak anda untuk terus mendoakan seluruh rakyat di Palestin agar Allah SWT memberi perlindungan dan menghentikan keangkuhan dan kerakusan Zionis. Mangsa yang tidak bersalah menjadi sasaran, semakin menyayat hati apabila mendengar berita kezaliman berterusan setiap hari.
Jangan berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara kita khususnya saudara kita yang sedang diserang di Gaza.
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita dalam aktiviti seharian, serta memberkati segala doa, usaha dan sokongan kita untuk mempertahankan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Dari Nu’man bin Basyir dia berkata: Rasulullah saw. Bersabda, “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak bisa tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya).’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Inilah perbincangan tim Asar Humanity dengan salah satu tim Asar di Gaza, sister Doa.
Sampai saat ini sulit sekali kami hubungi beliau, karena sinyal di sana kurang baik akibat dari serangan Zionis yang berlangsung terus sampai saat ini.
Terjemahan:
Wa alaykom assalam
Pesawat perang Israel menggugurkan ratusan tan bom di Gaza hari ini, sejak 7 okt.
Segala-galanya dan semua orang menjadi sasaran
Tiada tempat yang selamat di sini
Semalam, tiga masjid tiba-tiba dibom
Masjid di gaza berada di antara warganegara, maksud saya di hadapan masjid rumah warganegara
Dua orang abang saya cedera semalam, mereka tinggal di hadapan masjid Alyarmouk
Yang musnah sebelum subuh
Tiada tempat yang selamat
Sekolah berhampiran rumah saya juga sebahagiannya musnah
Mohon doa dari anda untuk tim kami yang bertugas di lapangan dan juga untuk seluruh warga Palestina.
Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata, "Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Akan selalu ada segolongan umatku yang menegakkan agama Allah, orang yang memusuhi mereka atau tidak mahu mendukung mereka sama sekali tidak boleh menimpakan bahaya ke atas mereka. Begitulah keadaannya sehingga akhirnya urusan Allah datang." Malik bin Yakhamir menjawab: "Mu'adz bin Jabal berkata bahawa mereka berada di Syam." Mu'awiyah berkata, "Lihat, Malik menyebut bahawa dia telah mendengar Mu'adz bin Jabal berkata. bahawa golongan ini berada di Syam.” (HR. Bukhari: Kitabul Manaqib no. 3369 dan Muslim: dalam Kitabul Imarah no. 3548).
Mungkin kita belum bisa membela langsung saudara kita di Palestin, tapi kita bisa hantarkan doa terbaik dan bantuan untuk perjuangan ini. Mari bersama bantu perjuangan saudara di Palestin mempertahankan tanak kelahiran mereka dan Masjid Al Aqsa.
Untuk samasama berjuang, anda dapat berinfaq melalui:
https://sumbangan.com/bantuankecemasanserangandigaza
Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan,
jom kita kirimkan doa terbaik untuk saudara-saudara kita di Palestina. Dengan adanya mangsa akibat dari serangan Zionis 5 hari lepas, Asar Humanity mengajak anda untuk berinfaq untuk membantu mangsa pelarian. InshaAllah sumbangan dari anda akan kami hantarkan untuk makanan siap masak, bantuan perubatan, bantuan untuk keluarga syuhada (anak yatim dan ibu tunggal), serta bantuan kecemasan lainnya.
Untuk menyumbang klik link campaign Palestina di bawah ini!
https://sumbangan.com/tabungpalestinasar