ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 21, 2022

SEDEKAH ALQURAN TAHFIZ PALESTIN

RM1,125 / 22.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Penjajahan di Palestin tak menghalang daripada mensyiarkan agama Allah. Mari kita menjadi sebahagian daripada perjuangan untuk menegakkan agama Allah melalui sedekah Al-Quran untuk tahfiz di Palestin!


Semenanjung Gaza merupakan salah satu gambaran perjuangan dan krisisnya ekonomi yang teruk akibat dari penjajahan panjang di Palestin. Kerosakan infrastruktur kritikal tidak sebanding dengan pembangunan yang lemah. Penduduk Palestin tidak boleh merasa seperti semua orang di seluruh dunia. Statistik mendedahkan jumlah kemiskinan yang meningkat secara mendadak karena penjajahan ini disertai dengan pembatasan perekonomian.



Penjajahan selama lebih dari 16 tahun ini memburukkan kondisi keluarga Gaza. Ramai dari mereka mengalami kerosakan mental dan fizikal. Um Mohammed adalah salah satu daripada kes ini. Dia ialah seorang ibu kepada 5 orang anak dan pencari nafkah selepas kematian suaminya. Sisi yang menyakitkan adalah apabila anda tahu bahawa tiada sumber pendapatan untuk membesarkan anak-anak atau juga menjalani kehidupan yang layak. Dua anak lelaki sulung telah menamatkan pengajian dan yang bongsu pandai kerana dia adalah seorang Hafiz Al-Quran. MashaAllah.



Penjajahan ini tak menyurutkan semangat penduduk di Palestin untuk menegakkan agama Allah dan mempertahankan tanah air mereka. Alhamdulillah masjid-masjid di Gaza yang masih berdiri terus memeriahkan aktiviti dengan pengajian Al-Quran bagi kanak-kanak. Kanak-kanak ini yang akan meneruskan perjuangan Palestin terutamanya menghafal dan mengamalkan Al Quran. Namun dengan keterbatasan Al Quran di beberapa masjid di Palestin banyak yang sudah lusuh dan koyak.



Tuan dan Puan, Asar Humanity ingin mengajak anda untuk bersedekah Al Quran supaya kanak-kanak tahfiz ini lebih bersemangat lagi belajar dan menghafal Al Quran. InshaAllah setiap huruf yang dibaca membawa rahmat kepada kita semua yang membantu mereka. Sudah tentu juga untuk memastikan ayat-ayat suci Al-Quran terus didengari di bumi Palestin.



Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (Quran Surah Faatir 35:29)


Semoga Allah limpahkan keberkahan dan perlindungan untuk Tuan/Puan serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat