Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Sokongan Untuk Pendidikan Anak Yatim
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah berjaya menghantar bantuan makanan, peralatan sekolah, kasut, dan pakaian seragam sekolah untuk adik Azhary, seorang anak yatim yang kini sedang melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah.

Bantuan ini adalah tanda sokongan berterusan kita untuk memastikan Azhary dapat meneruskan perjalanan akademiknya dengan lebih baik, terutama sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah menengah atas tidak lama lagi.

Terima kasih kepada Sumbangan.com dan semua penyumbang yang telah menjayakan kempen ini.
Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat terus membantu Azhary dan ramai lagi anak-anak yatim di seluruh Indonesia untuk meraih impian mereka.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Ziarah Kasih Buat Azhary
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity berpeluang menziarahi Azhary – anak yatim yang telah kita sokong bersama melalui Sumbangan.com. Kali ini, kami mengunjungi sekolahnya dan disambut mesra oleh para guru yang membimbing Azhary setiap hari.

Kami membawa sedikit rezeki untuk Azhary: kelengkapan sekolah, kasut baru, dan juga sokongan bayaran yuran sekolah. Azhary yang kini sedang menuntut di sekolah menengah, menyambut kami dengan senyuman yang penuh harapan.


Walaupun telah kehilangan kedua-dua ibu dan ayahnya, Azhary tidak pernah hilang semangat untuk terus belajar dan membina masa depan. InsyaAllah, dengan sokongan semua, kita akan terus mendampingi Azhary hingga ke akhir persekolahannya – agar satu hari nanti dia mampu berdikari dan mengejar impiannya.

Azhary dan para guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan Sumbangan.com atas kasih dan perhatian yang diberikan. Semoga lebih ramai anak yatim lain turut mendapat sinar harapan melalui tangan-tangan yang dermawan.
Teruskan berbuat baik, kerana setiap sumbangan anda adalah nyawa kepada harapan mereka.
Jom teruskan berkongsi rezeki!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, relawan ASAR Humanity telah menyalurkan bantuan berupa Paket Pangan kepada anak yatim yang kami sokong yaitu Azhary Tay Dewa.

Bantuan ini hadir sebagai sokongan besar untuk Azhary yang hidup seorang diri dan menumpang di rumah saudara.
Semoga program ini dapat terus berlanjutan dan memberi manfaat kepada lebih ramai anak yatim seperti Azhary. Dengan sokongan ini, Azhary dan anak yatim lainnya dapat fokus pada pembelajaran tanpa rasa khuatir tentang makanan harian mereka.

Terima kasih kepada para donatur yang telah menyokong program ini. Semoga segala kebaikan yang disalurkan menjadi amal jariah yang berkekalan.
Teruslah Berbuat Kebaikan, Sebarkan Manfaat
https://sumbangan.com/sedekahjumaatkeperluanasasanakyatimbulanrejab
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuYatim