Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM504 / 10.08 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, di sebalik kesenangan hidup kita, terdapat anak-anak yang berjuang sendirian dalam hidup. Salah satunya adalah Azhary, seorang anak yatim piatu yang hidup sebatang kara.

Kehidupan Azhary sangat sukar, dia terpaksa menumpang di rumah saudara tirinya dan bekerja membantu usaha kecil saudaranya untuk mencukupi kebutuhan harian. Di usianya yang masih muda, Azhary terpaksa memikul beban yang sangat berat. Namun, Azhary tidak pernah kehilangan semangat untuk belajar dan memperbaiki nasibnya. Beliau dan anak yatim piatu lainnya sangat memerlukan bantuan untuk melanjutkan sekolah, mengaji, dan membeli alat tulis.

Dengan bantuan anda, Azhary dan anak yatim piatu lain boleh melanjutkan pendidikan, yang merupakan kunci untuk masa depannya. Sumbangan anda juga akan digunakan untuk membiayai keperluan mengaji, agar anak yatim piatu dapat terus memperdalam ilmu agama dan membina akhlak yang baik. Alat tulis, makanan, dan keperluan lain sangat penting untuk membantu anak-anak yatim piatu menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik.

Setiap sedekah yang anda berikan akan menjadi amal jariah yang mengalir terus pahalanya, dan insya-Allah membantu memperbaiki masa depan Azhary dan anak yatim piatu lainnya. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala dan keberkatan atas setiap amal kebaikan anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Sokongan Untuk Pendidikan Anak Yatim
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah berjaya menghantar bantuan makanan, peralatan sekolah, kasut, dan pakaian seragam sekolah untuk adik Azhary, seorang anak yatim yang kini sedang melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah.

Bantuan ini adalah tanda sokongan berterusan kita untuk memastikan Azhary dapat meneruskan perjalanan akademiknya dengan lebih baik, terutama sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah menengah atas tidak lama lagi.

Terima kasih kepada Sumbangan.com dan semua penyumbang yang telah menjayakan kempen ini.
Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat terus membantu Azhary dan ramai lagi anak-anak yatim di seluruh Indonesia untuk meraih impian mereka.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Ziarah Kasih Buat Azhary
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity berpeluang menziarahi Azhary – anak yatim yang telah kita sokong bersama melalui Sumbangan.com. Kali ini, kami mengunjungi sekolahnya dan disambut mesra oleh para guru yang membimbing Azhary setiap hari.

Kami membawa sedikit rezeki untuk Azhary: kelengkapan sekolah, kasut baru, dan juga sokongan bayaran yuran sekolah. Azhary yang kini sedang menuntut di sekolah menengah, menyambut kami dengan senyuman yang penuh harapan.


Walaupun telah kehilangan kedua-dua ibu dan ayahnya, Azhary tidak pernah hilang semangat untuk terus belajar dan membina masa depan. InsyaAllah, dengan sokongan semua, kita akan terus mendampingi Azhary hingga ke akhir persekolahannya – agar satu hari nanti dia mampu berdikari dan mengejar impiannya.

Azhary dan para guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan Sumbangan.com atas kasih dan perhatian yang diberikan. Semoga lebih ramai anak yatim lain turut mendapat sinar harapan melalui tangan-tangan yang dermawan.
Teruskan berbuat baik, kerana setiap sumbangan anda adalah nyawa kepada harapan mereka.
Jom teruskan berkongsi rezeki!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, relawan ASAR Humanity telah menyalurkan bantuan berupa Paket Pangan kepada anak yatim yang kami sokong yaitu Azhary Tay Dewa.

Bantuan ini hadir sebagai sokongan besar untuk Azhary yang hidup seorang diri dan menumpang di rumah saudara.
Semoga program ini dapat terus berlanjutan dan memberi manfaat kepada lebih ramai anak yatim seperti Azhary. Dengan sokongan ini, Azhary dan anak yatim lainnya dapat fokus pada pembelajaran tanpa rasa khuatir tentang makanan harian mereka.

Terima kasih kepada para donatur yang telah menyokong program ini. Semoga segala kebaikan yang disalurkan menjadi amal jariah yang berkekalan.
Teruslah Berbuat Kebaikan, Sebarkan Manfaat
https://sumbangan.com/sedekahjumaatkeperluanasasanakyatimbulanrejab
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuYatim