PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

SENYUM SELALU

1 tahun yang lepas

Ya Allah , terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Luaskanlah pintu-pintu rezeki kami agar dapat membantu keluarga dan org memerlukan. Amin .

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SENYUM SELALU

1 tahun yang lepas

Ya Allah , terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Luaskanlah pintu-pintu rezeki kami agar dapat membantu keluarga dan org memerlukan. Amin .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Assalammualaikum, Ya Allah, yang Maha Mengasihani, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Berkuasa, Ampuni dosa2 kami, pelihara kami dari Fitnah akhir zaman, berikan kami Husnul Khatimah, permudahkan segala urusan kami, akhiri kami dengan segala kebaikan kejalanMu Ya Allah, limpahkan rahmat rezekiMu kepada kami, sesungguhnya tiada daya upaya kami, melainkan dengan pertolongan dan rahmatMu, Aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, Ya Rahman, Allahhuakhbar, semoga semua dikurniakan husnul khotimah, dipermudahkan urusan semuanya, diberi jalan yg lurus ke jalanMU Ya Allah, serta angkatlah darjat nabi Muhammad SAW yang paling tertinggi disisiMU, amiinnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

barokAllah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: