PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusa dunia akhiratku serta keluargaku.... Aaminn Ya Rabbal Alamin...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga apa yg kami hulurkan dpt mringan kan segala urusan atas izin Allah. Juga Allah rahmati kita semua. Keluar dr hutang, masalah dan kebimbangan dlm diri. Moga Allah rahmati kita dgn keturunan yg baik2 n Soleh Solehah. Moga Allah ampunkan dosa2 kita. Ampunkan dosa2 ibu bapa kita Dan tempatkan kita dlm kalangan org yg briman. Allah Ya Mujib

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, letakkanlah kami dibawah lindunganMu & capaikanlah segala hasrat, niat, impian & doa2 kami.. Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JAMILAH BTE JAMAL

1 tahun yang lepas

Semoga pahala sedekah ini sedekahkan kepada almarhumah Jamilah bte Jamal. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MIKA

1 tahun yang lepas

Semoga bantuan kecil ini dapat memudahkan urusan sahabat di Turkey 🇹🇷 dan Syria 🇸🇾.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: