PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

ABDUL HADI WISMAN

1 tahun yang lepas

Semoga diampunkan dosa kami semua, diberikan kesabaran atas kejadian yang berlaku. Doakan kami dapat zuriat yang pertama.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YA ALLAH! KAU RAHMATILAH ARWAH BAPAK AKU. KAU AMPUNILAH DOSA2 KAMI. JADIKAN LAH ANAK2 AKU ANAK2 YG BAIK, SELAMATKANLAH KAMI SEKELUARGA DARI MALAPETAKA. SELAMATKANLAH ORANG2 GEMPA BUMI TU YA ALLAH. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, Engkau permudahkanlah kehidupan meraka yang menadah tangan kepadaMu. Berikanlah kami kesihatan dan perlindungan dari ancaman mara bahaya Ya Allah🤲🏼. Kami memohon kepadaMu .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh umat Islam di dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Smoga semua umat Islam selamat dari segala bencana & penyakit. Semoga anak sy khatam hafalan 30juzuk Al Quran & menjadi seorg hafizah.Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah engkau pulihkanlah semangat,kecederaan mangsa gempa bumi di Turki, jumpakanlah mangsa yg masih dlm runtuhan.Aku bermohon selamatkanlah semua umat Islam dari sebarang bencana & penyakit.Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: