PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah , ampunilah dosa2 kami dan dosa2 kedua ibubapa kami. Terimalah amalan kami dan lindungilah kami daripada penyakit2 hati, teguhkanlah iman di hati kami dan berkatilah kehidupan kami

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Murahkan rezeki kami. Permudahkanlah urusan kami dunia akhirat Dan jauhi kami Dari siksa api neraka.. Amiinnn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosaku,suami,ibubapa,anak2 dan seluruh ahli keluargaku.sihatkan tubuh bdn kami,jauhi kami dr penyakit berjangkit covic-19,delta dll.perbykkan rezeki n permudahkan urusanku & suami.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, terimalah sedekah ini. Aamiin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RAZNI

4 tahun yang lepas

Ya Allah redhailah keluarga kami, kurniakan kami akan syurga Firdaus

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah redhailah kami, ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami serta seluruh umat islam. Amin Allahumma Amin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: