PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

KAMARUDIN BIN ISMAIL

3 tahun yang lepas

YA ALLAH KAMI MERAYU KAMI MEMOHON KASIHANI LAH KAMI. MAKBULKAN DOA KAMI. YA ALLAH YG MAHA PENYAYANG BUKAKAN PINTU PINTU REZEKI YG SELAMA INI KAMI TUNGGU UTK KAMI JELASKAN HUTANG HUTANG KAMI. APA BILA KAMI DI SOAL PADANG MAHSYAR KELAK BERSIH LAH AMALAN KAMI MENGIKUT AL QURAN . HADIS . AS SUNNAH.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, terimalah sedekahku, Berkatilah rezkiku dan umurku untuk terus bersedekah. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

PG MD ALLI YUSRI PUTRA BIN PG DATO PADUKA HJ HAMZAD

3 tahun yang lepas

Mudahan segala yang diinfakan kpd mereka yang memerlukan dipermudahkan diperluaskan segala urusan rezekinya, Amin. Dan Mohon dia diaminkan, saya, isteri dan anak² sentiasa dikurnikan kesihatan, kekuatan, dikurnikan usia yang berkah, dipermudahkan urusan rezeki & diperluaskan rezeki nya. Amin ya'rabalamin. Hjh Maslenawati, Ameerah Muwakkilah, Waizz Adam, Ameerah Zafeerah & Waizz Muzaffar, Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI HAJAR

3 tahun yang lepas

Tolong doakan rezeki sy x pernah putus dan masuk dengan mudah semudahnya..agar dpt sy bantu lebih ramai orang..tolong doakan Allah sentiasa menjaga sy dn keluarga danak sy menjadi ank yg soleh dan taat kpd Allah dan ibu bapa..amin😄

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Astafiruallah lil mukminin wal mukminat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: