PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh umat Islam di dunia dan akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan syurga firdausi tanpa hisab tanpa azab kpd arwah ma mok ayah ayah soh tok leh serta abah serta umat nabi Muhammad, pulihkan segalanyakit suamiku,taat pada perintah Allah,jaga solat jaga pandangan Dan kemaluan jaga kebersihan dirinya,baca Al-Quran Dan hadis,bgnmlm,zikir, rezeki mencurah2, dapat bagi nafkah zahir Dan batin, sayang cinta setia rindu hormat hargai isterinya, matang

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, anugerahkanlah kpd anak²ku,isteriku ilmu pengetahuan yang tinggi,kebijaksanaan,kepandaian.Anugerahkanlah mereka serta ibu bapa kami rezeki yang melimpah lagi berkat.Permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat.Berikanlah kebahagiaan,kekayaan,keimanan kepada anak2 kami.Lindungilah kami dari orang² yang tidak baik.Ampunilah dosa² kami.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

ya Allah, ampunilah dosa arwah anakanda ku dN tempatkanlah arwah bersama orang orang yang beriman. terimalah amalan dan taubatnya. cucurilah rahmat ke atas rohnya, gembirakanlah dan bahagiakanlah arwah anakanda.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

ya Allah, ampunilah dosa arwah anakanda ku dN tempatkanlah arwah bersama orang orang yang beriman. terimalah amalan dan taubatnya. cucurilah rahmat ke atas rohnya, gembirakanlah dan bahagiakanlah arwah anakanda.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan setiap urusan saya dipermudahkan dunia akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: