PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

AHMAD HAMZAH BIN ZULKIFLI

3 tahun yang lepas

doakan saya Ahmad Hamzah bin Zulkifli: diberikan rezeki yang tidak putus2 seperti air zam zam yang mengalir. dihapus dosa2 kecil dan besar. di redhai Allah dan dimasukkan kedalam syurga Firdaus tanpa di hisab. Ditempatkan bersama orang2 soleh.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Aminnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan urusan kami sekeluarga menunaikan umrah pada tahun ini. Jadikan umrah kami umrah yg mabrur. Selamatkan lah perjalanan kami pergi dan pulang. Kurniakan kami kesihatan yang baik apabila kami di sana. Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan segala doa2ku semoga infaq ini mgalir sehingga ke akhirat kelak, berikan keselamatan kepada suami, anak Dan seluruh keluarga kami. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di Dunia Dan akhirat, matikan kami dlm husnul khotimah Dan syahid. Tetapkan Iman Dan hati kami kepada Islam sehingga Akhir nyawa kami, lindungi & selamatkan kami Dr Dajjal & yajuj majuj. Kurniakan syurga utk kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Kesejahteraan kepada seluruh umat Islam di dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: