Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama DâOlive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.
Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.

Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.

Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


SITI KHAMISAH MD HASSAN
Ya Allah Ya Bari' peemudahkn urusan mereka. Ya Allah Ya Rahman Ya Karim alirkn pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,adik beradikku,keturunanku,sahabat2ku,guru2ku,muslimin muslimat mukminin mukminat. Ya Allah Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn aku kesihatan yg baik,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg blh membantu aku berdakwah kejalanMu dunia akhirat.amin
Anda mengaminkan doa ini