PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkanlah dosa kami. Masukkan kami kedalam syurga Mu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah limpahkan kasih dan rahmatmu Ya Allah kepada saya dan anak saya Alayna.Semoga dengan sedikit sumbagan ini dapat menghapuskan dosa -dosa kami dan dibukakan pintu rezeki buat kami.aamiin ❤️

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran buat mereka yg sedang diuji Ya Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, pahala infaq ini diniatkan kepada arwah ibuku, Dariyah Binti Lazim dan arwah bapaku, Hussain Bin Kassim. Ya Allah, ampunilah dosa mereka. Hindarilah mereka daripada azab kubur dan azab neraka. Ya Allah, permudahkanlah urusan saudara kami di Turki dan Syria. Aamiinn.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga Allah lindungi semua muslim dan muslimat di bumi turkey dan syria

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga pahala infaq ini diniatkan kepada arwah bapaku, Hussain Bin Kassim dan arwah ibuku, Dariyah Binti Lazim. Ya Allah, ampunilah dosa mereka. Hindarkanlah mereka daripada azab kubur dan azab neraka. Kurniakanlah keselamatan buat semua umat Islam di mukabumi ini. Aaminn..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: