PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.


Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.


Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.




No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
darulinsyirah2013@gmail.com
60107925844
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga urusan saya dan bakal suami dipermudahkan, dimurahkan rezeki kami berdua,smoga rumahtangga yang bakal dibina dalam rahmat Allah, diampunkam dosa² kami berdua,ahli keluarga dan sahabat² kami..aaminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga urusan saya dan bakal suami dipermudahkan ,semoga dimurahkan rezeki kami berdua dan semoga Allah kuatkan kami untuk terus istiqomah ke jalan yang lurus..semoga Allah ampunkan dosa saya,bakal suami dan ahli² keluarga serta sahabat kami..aaminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga sedekah dan infah subuh ini diterima Allah, diberkati.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga diampunkan segala dosa dulu, ki dan akan datang, diberikan kerehaan Allah. Diterima segala amalan dulu kini dan akan datang. Ampunilah dosa seluruh umat Nabi Muhammad, terimalah amalan seluruh umat Nabi Muhammad. Aamiin ya rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga pahala sedekah dan pahala infaq diterima Allah. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Rabb...berkatilah hidup kami, berkatilah semasa kematian kami dan berkatilah selepas kami mati...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: