PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.


Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.


Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.




No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
darulinsyirah2013@gmail.com
60107925844
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah. Ampuni semua dosa2 ku. Lindungi ku dari semua musuh mu. Berikan rezeki yg halal dan berkat dan berkecukupan seperti buih di lautan yg mengalir air. Aamiiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki saya dan tunang saya pada hari jumaat penuh berkah ini, semoga urusan kami berdua untuk ke jinjang pelaminan dipermudahkan oleh Allah s.w.t..aaminnn..tolong aaminnkan yer..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah mempermudahkan urusan saya dan bakal suami menuju ke alam perkahwinan,semoga anak² dan bakal suami sihat walafiat sentiasa..semoga saya dan bakal suami murah rezeki selalu supaya dapat membantu orang yang memerlukan..aaminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga sedekah sibuh dan infaq subuh diterima Allah. Sedekah subuh dan infaq subuh untuk arwah ibu dan arwah bapa. Semoga diterima Allah. Semoga mendapat pahala sedekah subuh dan pahala infaq subuh saya sekeluarga. Aamiin yaa rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga pahala sedekah subuh dan pahala infaq subuh ini diterima Allah. Pahala sedekah subuh dan pahala infaq subuh ini untuk arwah ibu dan arwah ayah. Semoga diterima. Pahala sedekah sebuh dan pahala infaq subuh untuk saya sekeluarga. Semoga diterima. Dan diberkati. Aamiin yaa rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Bismillahirahmanirrahim Didoakan semoga mendapat pahala infaq dan pahala sedekah untuk arwah ayah dan arwah ibu. Semoga diterima dan diredhai Allah. Pahala sedekah dan pahala infaq untuk saya sekeluarga. Semoga diterim dan diberkati. Aamiin yaa rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: