MASJID MUKIM PADANG PAK AMAT

Aktif sejak Apr 24, 2021

Tentang Penganjur

Masjid ini berada di tepi jalan utama yang menuju ke bandar Pasir Puteh.Lokasi masjid ini ialah 7km dari bandar Pasir Puteh.

Masjid Mukim Padang Pak Amat ini terletak di Daerah Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu dan dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pusat sebanyak RM100,000.

 Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya. 

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.


Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu , 16800, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
abimurabbi@gmail.com
0139523361

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Razaq, lapangkanlah dan berkatilah rezeki ku dan ahli keluargaku. Kurniakanlah kami kesihatan yang baik.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI NAZIRA MOHD GHANI

1 tahun yang lepas

Mohon doakan: Semoga kebaikan berterusan anak cucu dan sumbangan yg dibuat atas nama Arwah Mak mertua saya (Painam Abdullah) dan Bapa mertua saya (Mat Nor Mat Lia).Semoga Allah mengasihani mereka dan mengampunkan mereka dan tempatkan mereka dikalangan org org yg beriman..Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Lindungilah kami dari wabak penyakit dan pelihara lah iman kami serta keluarga kami. Amin Ya Rabbal Aalamin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah murahkan rezeki dan ampunkan dosa

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah merahmati dan menerima semua amal kebajikan kita.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah swt memberikan kita kemudahan dan memberkati urusan kita semua. Ampunilah kami dan sayangi kami, Ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: