PERTUBUHAN SKUAD B40 WANITA DAN KELUARGA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (SKUAD B40)

Aktif sejak Feb 28, 2023

Tentang Penganjur


Assalamualaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan, marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak banyak amal jariah yang di tuntut di dalam , kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah S.W.T. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.

Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.

Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam, dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianyan berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain.



B-10-05, PPR BATU MUDA, BATU 6, OFF JALAN IPOH, 55100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR , 55100, KUALA LUMPUR, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
wanitadankeluarga40@gmail.com
178117559
56418762

Doa-Doa #Penyumbang

MUHAMMAD AIZAT

1 tahun yang lepas

Doakan kami sekeluarga sentiasa dlm rahmat Allah, selamat drpd azab kubur dan api neraka, serta disembuhkan segala penyakit dan dilangsaikan segala hutang2.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aameen

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Makbulkan lah hajat2 kami Ya Allah

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah panjangkan umur suamiku dan beri kesembuhan kepada nya. Aamiiin yrb.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

barokAllah

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan berikan kesihatan, kekayaan, ketenangan dan keberkatan dalam hidup kita. Saya minta doakan Allah permudahkan urusan saya dalam menghadapi masalah yang sedang saya hadapi. Semoga berbalas yang sama untuk kalian semua. Terima kasih

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: