YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ku mohon kurniakan keberkatan diri ku, keluarga ku, suami dan anak2 ku , mohon kesembuhan akan penyakit ku ini dng benar2 sembuh dgn izin Mu, sembuh tiada meninggalkan kesan dan melarat dan tiada lagi. Jadikan kami hamba2 mu yg sentiasa bertakwa dan beriman kepada Mu, kurniakan kami kesihatan dan rezeki yg kau berkati, mencukupi dan melimpahi, Amin Amin Amin Ya Rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan penganjur. Dgn izin Allah, kuatkan semangat suamiku mempertahankan rumahtangga kami ini Ya Allah. Ampunkan dosa2 ku, suamiku, ibu bapa kami dan adik beradik kami. Berikanlah hidayah buat suamiku untuk sentiasa mensyukuri apa yg ada dlm keluarga kecil kami ini. Sihatkan anak2 kami. Sembuhkan Dayang Aeesyah Reyhanie. Aamin Ya Allah Ya Mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkn doa2 dan hajat2 kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD ZAINUL ZAMRI BIN ARBAIN

3 tahun yang lepas

Doakan makayah saya diberikan kesihatan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FITRI.BIN ISHAK

3 tahun yang lepas

Doakan saya sembuh dari penyakit yang ada. Ditemukan jodoh yang baik. Dilimpahi rezeki. Dijauhkan dari bahaya dan bencana.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Alhamdulillah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: