Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)
Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.
Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.
ESNIDA MELATI BINTI KHAIRAN
Semoga jika ada pahalanya aku sedekahkan buat suamiku muzafa abu bakar, iparku zainal jaffar, abdul najib abu bakar, abdul nasir abu bakar, muzalina abu bakar, zakaria abu bakar, adik beradikku eda yusnita khairan, edham yusman khairan, birasku fatimah mahmood, wan nurazleen, mohmad norli damiran, nur hidayah matsuki, nur alif wira osman semoga kami sentiasa didalam rahmat dan perlindungan Allah .
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
MUZAFA BIN ABU BAKAR
Aku sedekahkan pahalanya jika ada buat isteriku esnida melati khairan, anakku Muhammad ali shafeeq muzafa, eisya umairah muzafa, enurin jazlina muzafa, muhammad aniq yusuf muzafa, juga buat arwah ibuku saarah ismail, arwah ayahku abu bakar abdul ghaffar semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, buat mertuaku khairan abdullah, jamillah salleh.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini