Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)
Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.
Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.
Hamba Allah
Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Sedekah Jumaat ini ikhlas kerana Allah Taala. Semoga dgn asbabnya, Allah melindungi diri ini dari sebarang musibah dan kejahatan manusia yg ada. Semoga segala urusan kehidupan, kerjaya sentiasa dipermudahkan oleh Allah dan sentiasa dikurniakan kecukupan rezeki. Aamiin ya Allah ya Mujib.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah semoga dengan sumbangan ini akan mengugurkan segala kafarah yg wajib dan tertunggak bg diriku ibubapaku suamiku dan semoga dengan asbab sumbangan ini Engkau kurniakan lah zuriat utkku dan kurniakan kesihatan utk suamiku dan ibuku.aamin ya rabb
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini