YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan penganjur. Dgn izin Allah, kuatkan semangat suamiku mempertahankan rumahtangga kami.. bukakan pintu hati suamiku untuk insaf dan bertaubat. Ampunila dosa2 ku, suamiku, ibubapaku dan anak2 ku. Rahmatilah rumahtangga kami. Limpahkan reZeki buat kami.. rezeki tenang.. sihat.. bahagia dan harta. Aamin Ya Allah Ya Mujib

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidikku sejak kecil lagi. رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كماربیانی صغيرا

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAZALEENA ROSLEE

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan penganjur. Dgn izin Allah, kuatkan semangat suamiku mempertahankan rumahtangga kami. Berikan hidayah buatku dan suamiku. Ampunkan la dosa2 kami.. ibu bapa kami.. anak2 kami dan seluruh keluarga kami. Limpahkan rezeki buat kami.. rezeki tenang, sihat, bahagia dan harta Ya Allah. Aamin Ya Allah Ya Mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga ibu bapa dan saya sihat selalu,sentiasa dalam rahmat Allah swt..dan semoga terus mendapat rezeki yg melimpah ruah utk membantu org lain yg memerlukan Aamiinn...

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kau lindungilah suami, arwah ayah dan seluruh ahli keluargaku , kawan²ku dan seluruh hambaMu di bumi ini ya Allah.. kau ampunkanlah dosa² kami, sesungguhnya engkau maha pengampun.. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sumbangan atas niat sembuhkan anak Raja Maryam bt Raja Mohd Fauzi

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: