YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

LIYANA AHMAD

2 tahun yang lepas

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AINA AQILAH BT BASIR

2 tahun yang lepas

Semoga mendapat rahmat dan Redha Allah dan masuk syurga tanpa hisab. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOREEN BINTI MOHD ESA

2 tahun yang lepas

Doakan moga saya dan anak2 dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD YAKOP BIN IKRAM

2 tahun yang lepas

Ampuni dosa2ku ya Allah. Hari lahirku 3.4 ini moga hidupku diberkati, dirahmati, diredhai oleh Mu Ya Allah. Engkau aturkan terbaik untukku, aku serah bulat kpd Mu. Matikan ku husnulkhotimah dijauhkan azab kubur api neraka dipermudahkan urusan setiap alam yang Engkau Ciptakan. Dekatkanku dengan Mu Dan Nabi Muhammad. Masukkn aku ke SyurgaMu tanpa dihisab Ya Allah.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOORAFIERA BINTI ABDUL SAMAD

2 tahun yang lepas

ampunilah dosaku &seluruh muslimin muslimat,masukkanlah kami kedlm syurga firdausMu tanpa hisab azab,redhaila &rahmatila khidupan kami dunia akhirat,matikanla kami dlm islam,dlm husnul khatimah,panjangkanla umurku dgn rezeki ksihatan yg baik,kayakanla diriku supaya dpt keluarkn zakat yg bnyk supaya dpt masuk ke syurgamu,brikanla hidayah kpd sluruh umat nabi muhammad s.a.w aaamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAFARUL ALWI

2 tahun yang lepas

Ya Allah.. ampunilah dosaku & dosa keluarga. Kurniakan rezeki yg berkat & berpanjangan. Amin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: