YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

ZAFARUL ALWI

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapa, dosa keluargaku & seluruh muslimin & muslimat. Kurniakan kami rezeki yg berkat & berpanjangan.. amin..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORALIA NADIRA MUSTAFAR

2 tahun yang lepas

Ampunkan dosa kami, terimalah taubat kami, berikan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa kami, permudahkanlah urusan kami, tentukanlah sebaik baik kesudahan kepada kami, matikanlah kami dalam husnul khatimah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KASSIMNLOH ABDULLAH

2 tahun yang lepas

dengan rahmat Allah dan berkah ramadhan semoga kita diampunkan dosa,diberi kesihatan yg baik, kemanisan beramal dan diterima amalan baik, dimasukkan syurga firdaus tanpa hisab..aminn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOORALFIAN ISNIN

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat buat penerima dan mohon doakan kami sekeluarga berada dalam rahmat Allah s.w.t & segala amal ibadah kami diterima Allah s.w.t.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR ADILLA BT MOHAMED MAHIDIN

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua disibukkan dgn ibadah yg ikhlas dan perkara yg bermanfaat di bulan ramadhan ini.semoga Allah mudahkan urusan ibu ayah dan keluarga kita di dunia dan akhirat.semoga kita dpt beramal dgn baik di malam al qadar tahun ini dan setiap tahun akan dtg.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah puasa pertama hamba, aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: