YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

NURNADWA ZAFIRAH SABRI

2 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan lah dan peecepatkan urusan lesen perniagaan kami diluluskan. Engkau tutupkan la hijab bisnes kami ini dari orang2 yang berhasad dengki. Dan terangkan la kepada pelanggan2 kami.. amin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ANDRIAN BT RADIN MOKHTAR

2 tahun yang lepas

Semoga saya diberi keberkatan dunia dan akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORHAMIZAH BT MOHD APANDI

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, permudahkan segala urusanku. Kurniakan aku kesihatan yg baik sepanjang bulan Ramadhan ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ANGELINA ANAK BIDOL

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan lah dosaku, tempatkan aku dikalangan orang beriman, berikan aku rezeki yang melimpah ruah, panjangkan lah umurku. AminYRA

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR AZAH BT MOHD KHAIRANI

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan kami dan kedua Ibu bapa kami dan kurniakan kami rezeki yang tak putus2 seperti air sungai yang mengalir jernih

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR ZALIZA BINTI SAHAR

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampun kan dosa2 ku dah seluruh angota keluarga ku.. Sembuhkan penyakit kaki Nurzaliza Sahar

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: