YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD ROHAIZAN BIN OTHMAN

1 tahun yang lepas

Bismillah hirrahman nirrahim. Ya allah kau ampun kan lah segala dosa ku yang lalu dan permudahkan lah segala urusan dan murahkanlah rezeki dan berikan aku jodoh dan zuriat. Sihatkan lah tubuh badan ku dan Jauhkan aku dari segala penyakit dan gangguan jin dan makhluk halus. Kurniakan lah pahala ini kepada kedua orang tua ku. Permudahkan gaji bulan October ini ya allah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doa sumbangan.com Infaq dariku zulhisham che rose utk kami sekeluarga, kedua ibubapa kami dan seluruh umat islam. Mg mendpat rahmat dan pengampunan dariMu ya Allah dan di selamatkan dari siksa kubur, mahsyar dan api nerakaMu aamiin3 Khas pahala ini Utk arwah mak PUTEH AHMAD, ayah CHE ROSE BIN TAHIR, HJ BAHARUDDIN HJ MOHD TAIB, smoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat kami sekeluarga,

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa2 kedua ibu bapa ku, dosa2 ku, dosa seluruh ahli keluargaku dan dosa seluruh umat islam. Matikan kami dalam kalangan beriman dan berikanlah kami husnul khatimah. Kurniakanlah kami rezeki yg berkat dan melimpah ruah. Permudahkanlah urusan kami bertemu jodoh kami. Permudahkanlah urusan kami didunia mahupun diakhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZHAR HASIM

1 tahun yang lepas

Semoga sembuh penyakit cancer saya Dan semoga Allah mengampunkan dosa2 kedua ibu bapa saya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah tolonglah bantulah....

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga dikurniakan isteri yang soleha

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: