YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan lah hajat2 kami, amin amin amin yq rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD YUSOF BIN ZAINAL ABIDIN MOHD YUSOF

3 tahun yang lepas

Doakan saya sihat sekeluarga dan dipermudahkan urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan untuk arwah abah saya mohamed bin tuanin di ampunkan segala dosa dan diterima segala amalan kebaikannya, ditempatkan di syurga dan bersama orang yang beramal soleh. Doakan juga untuk diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan kebaikan mak, isteri,diri saya sendiri,adik beradik,saudara mara..doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami dan juga dimurahkan rezeki kami sekeluarga amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan semoga kami sekeluarga sihat, segala penyakit di sembuhkan dan di murahkan rezeki yang melimpah luas.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga kita terus istiqamah untuk bersedekah..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga saya, suami dan anak diberi kesihatan jiwa raga yang baik dan sihat untuk terus istiqomah beribadah kepada Allah s.w.t. Amin!

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: