YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa2 kedua ibu bapa ku, dosa2 ku, dosa seluruh ahli keluargaku dan dosa seluruh umat islam. Matikan kami dalam kalangan beriman dan berikanlah kami husnul khatimah. Kurniakanlah kami rezeki yg berkat dan melimpah ruah. Permudahkanlah urusan kami bertemu jodoh kami. Permudahkanlah urusan kami didunia mahupun diakhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah mengurniakan kesihatan buat saya, suami, ibu mertua dan anak² saya, agar dpt beribadah dgn tenang. Semoga Allah ampunkan dosa² kedua ibubapa saya, abang, bapa mertua dan ipar² saya, dilapang dan diluaskan kubur mereka, aamiin....

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan lah segala hajat2 kami dengan rahmat Mu Ya Allah. AMIN AMIN AMIN YA RABBALAMIN

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Permudahkan urusanku, berkati rezekiku dan rezeki kedua ibubapaku ya Allah..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidikku sejak kecil lagi. رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كماربیانی صغيرا

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SARI HASSAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah amal kami semua, amen.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: