YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga berkat Jumaat ini saya sekeluarga diperluaskan rezeki, diberi kesihatan sentiasa dibawah lindungan Allah. Dipermudahkan urusan suami, saya dan anak anak

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga segalan urusanku dipermudahkan

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORIZAN DAN HAMIDIN

3 tahun yang lepas

Semoga amalan diterima dan dirahmati Allah SWT..Aamiin

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, dgn izinMu, sihatkan la diriku, ibuku, suamiku dan anak2ku. Limpahkan kurnia rezeki buat ku sekeluarga. Ampunkan dosa2 kami Ya Allah. Dgn izinMu, kuatkan semangat suamiku mempertahankan rumahtangga kami ya Allah. Dgn izinMu. Makbulkan doa2 ku ini. Aamin Ya Allah Ya Mujib

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sentiasa dirahmati diberkati & diredhai oleh nya.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

terima kasih buat mereka yang prihatin. bersama kita membantu urusan mereka yang memerlukan dan semoga Allah s.w.t memudahkan semuaNya sebaik-baik pertolongan. Aamiin..

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: