YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga zuriat yang dikandung sentiasa sihat dan sempurna tubuh badan dan akal fikiran. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR HIDAYAH BINTI MOHD RIZAL

3 tahun yang lepas

Bismillah. Jika terdapat pahala pada sumbangan saya ini, semoga Allah mengalirkan pahalanya kepada arwah ayah saya, keluarga saya, saya serta umat islam dimuka bumi ini sama ada yang hidup atau mati. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 tahun yang lepas

Semoga segala usaha penganjur yg baik mendapat rahmat ALLAH SWT,dan dipermudahkan segala urusan kita setiap hari dan diberi rezeki yg berkat oleh Allah swt AMIN...

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARIANI

3 tahun yang lepas

Semoga diampunkan dosa semua muslimin Dan muslimat. Semoga diselamatkan Dari azab API neraka. Semoga dimasukkan ke dalam syurga firdaus. Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SUZYLENA BINTI YAHAYA

3 tahun yang lepas

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah swt dan diperluaskan rezki lg dan sihat tubuh badan...aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..ampunkan dosaku dan dosa kedua ibubapaku

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: