YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga saya sekeluarga dimurahkan rezeki dan di panjang umur untuk meneruskan lagi bersedekah dan semoga saya dan sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan semoga saya dapat terus belajar menjadi pelajar yang lebih cemerlang aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah sembuhkanlah segala penyakitku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

ya Allah tambahkan rezekiku nak beli rumah kereta nak langsaikan hutang nak tambah dapur. Ya Allah sembuhkan sakit tanganku & sakit belakangku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, terimalah & berkatilah infaq ini. Kurniakanlah pahalanya kpd kedua ibubapaku & ibubapa mertuaku. Kurniakanlah keampunanMu kpd mereka,diriku,isteri & anakku juga ahli keluargaku & ahli keluarga isteriku. Luaskanlah rezeki kurniaanMu kpd kami. Lindungilah kami dari sebarang mara bahaya. Kurniakanlah kpd kami kesihatan baik berpanjangan, keselamatan kesejahteraan hidup dunia akhirat.Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kita semua dari Allah s.w.t

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..kurniakan kami redha dan rahmatMu Ya Allah..aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: