Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)
Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.
Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.
Hamba Allah
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami ,dosa kedua ibu bapa kami,dosa ibu bpa mertua kami,dosa ahli keluarga kami,dosa2 ummat islam,permudahkan urusan kami didunia dan akhirat,kurniakan kami kesihatan,kebahagiaan,kebaikan,lapangkan dada kami,suci bersihkan hati2 kami,pelihara kami dri sebarang keburukan,seksaan kubur & fitnah dajjal.Aamin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Dgn izin Allah, kuatkan semangat suami ku mempertahankan rumahtangga kami. Dgn izinMu ya Allah, izinkan aku melepaskan semua kesedihan dan bersangka baik dgn suamiku ya Allah. Limpahkan rezeki buat kami. Ampunkan dosaku, ibu bapaku , suamiku dan anak-anakku ya Allah. Aaminn ya Allah Ya mujib
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, permudahkan urusan Noor Aisyah untuk menghabiskan pelajarannya dengan tenang dan berjaya. Lembutkanlah hati semua orang yang terlibat dalam proses ini. Ya Allah, berkatilah segala usaha yang dicurahkan oleh Aisyah. Aku berserah kepadaMu ya Tuhanku.
Anda mengaminkan doa ini