YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu program. Mohon doakan kesejahteraan saya, keluarga Dan umat Muslim muslimat Amin...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

PERMUDAHKANLAH URUSAN DAN KESIHATAN BAGI AKU, KELUARGAKU DAN SEMUA UMAT ISLAM.. AAMIIN

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sedeqah kerana Allah SWT ampunkan dosa2 kami dan dosa2 ibubapa kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NABILA ADAM

3 tahun yang lepas

Ampunilah segala dosa-dosaku yg lalu sekarang dan akan datang YaAllah, terima segala amal ibadahku, permudahkanlah aku untuk dapat kerja YaAllah, kurniakan aku rezeki yg melimpah ruah dan berikan aku kebaikan atas segala yg berlaku..amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Saya sadaqah atas diri saya, suami, 3 orang anak, ibu, arwah bapa dan arwah abang ikhlas kerana allah taala. Mohon sentiasa dapat keridhaan, rahmat, keberkatan dunia akhirat rezeki melimpah dari allah swt. Aamin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah menerima semua amal ibadah & kebajikanku, sentiasa dalam rahmat & redhaNya & menjadi tetamunya di Mekkah & Madinah serta memiliki rumah sendiri yg penuh dgn keberkatan.Semoga Allah sentiasa memberkati segala urusanku, masaku, umurku, hartaku & keluargaku. Semoga Allah mengampuni semua dosa2 kami & memasukkan kami ke Jannatul FirdausNya.. أَمِيْن أَمِيْن أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: