YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan permohonan kami, sembuhkan kami dari segala penyakit, mohon keberkatan Mu dalam kehidupan, tingkatkan takwaan dan iman, jauhi dari Azab dan Hisab api neraka, masukkan kami ke syurga dan jadikan kubur taman2 syurga untuk kami.. golongkan kami bersama2 para solehen.. dan kesudahan yg baik dan beriman .. amin amin amin ya rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAIZAT

3 tahun yang lepas

Ya Allah. Limpahkan rezeki² Mu yg tidak trputus kpd kami. Berkatilah rezeki² kami. Jauhkan kami dr azab api neraka Mu. Kurniakan kami kesihatan. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAIZAT

3 tahun yang lepas

Ya Allah, limpah kan rezeki Mu yg tidak terputus kpd kami. Berkatilah rezeki² kami. Terimahlah amal² ibadah kami. Jauh kan kami dr penyakit² yg memudaratkan kami. Aamiinn.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

❤️

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah .ya mujib..permudahkan urusan suamiku tunai haji.Aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik pada diriku dan keluarga.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: