YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya ALLAH murahkan lah rezeki kami dan makbulkan lah doa2 kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, sembuhkan lah penyakit pada badan Nurul Nadia. Murahkan rezeki semua ahli Naddrich Empire seperti air yang mengalir. Juga aku hadiahkan sumbangan ini pada orang yang pernah aku zalimi tanpa sedar

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah sembuhkan segala penyakit pada diri Nurul Nadia. Dan kurniakan rezeki pada team Naddrich Empire seperti air yang mengalir. Aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sahaja aku bersedekah kerana Allah Taala. Ya Allah, ampunilah dosa2 kami seluruh umat nabi Muhammad saw dan terimalah amal ibadat kami. Aamiin...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah ampunkan doa2 kami. Masukkan lah kami dalam syurgaMu Ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORFADLI BIN ABDUL LATIF

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan seluruh muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat doa, hajat dan keinginan yang baik segera terwujud tanpa hijab, tanpa susah payah, mudah, cepat dan selamat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: