Belum berdaftar? Daftar sekarang!
YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.
Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.
Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.
YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.
Hamba Allah
Ya Allah. Berilah kami rezki untuk kami bayar hutang dan bantu diri dan keluarga serta mereka yang memerlukan. Kami berhajat untuk bina rumah di kampung bersama kedua ibubapa kami ya Allah. Percepatkan rezki kami ya Allah
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, semoga kami diberi kesihatan yg baik, disembuhkan dari segala penyakit, dikurniakan rezeki dan umur yg berkat serta dalam rahmatMu selalu. Jauhkanlah kami dari wabak Covid-19 ini Yab Rab. Semoga berkatilah dan rahmatilah kehidupan kami dunia dan akhirat Ya Allah Ya Mujib.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini