Belum berdaftar? Daftar sekarang!
YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.
Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.
Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.
YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.
Hamba Allah
Ya Allah kurniakan syurga firdausi tanpa hisab tanpa azab kpd ibu-bapaku,mok,ayah,ayah soh ,su serta umat nabi Muhammad , kurniakan kesembuhan segala penyakit kpd suamiku, kurniakan rezeki mencurah2,dkt Dan yakin kpd Allah,baca Al-Quran Dan hadis, solat diawal waktu,jaga pandangan Dan kemaluan,dapat beri nafkah zahir Dan batin kpd isterinya,hormat, hargai,cinta,rindu,setia kpd isterinya, aamin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati serta memberkati Kita semua umat Nabi Muhammad SAW. Doakan kesejahteraan dan kesihatan ibu saya Salmah Mohammad. Doakan agar saya dapat bergraduat PhD secepat mungkin dgn izin Allah
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini