YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibu bpa kami, keluarga kami, adik beradik kami, dosa seluruh ummat islam amnya. Rahmati kami, permudahkan urusan kami di dunia& akhirat, kurniakan kami keafiatan, terimala solat kami, ibadah kami, taubat kami. Tempatkan kami disyurgamu tanpa dihisab Amiin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampunkan semua dosa kami Ya Allah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Jazakumullahu Khairan Kathira Kepada semua pembeli kurma. Sebahagian keuntungan, kami salurkan untuk Infaq Ramadhan. Diniatkan juga pahalanya untuk Saudara/Saudari sekalian. InsyaAllah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doa kan kami sekeluarga diberkatiNya di bulan mulia ini. Mohon doa kan kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doa diampunkan segala dosa saya dan ahli keluarga saya,disihatkan tubuh badan untuk beribadah,dimasukkan ke dalam syurga,dipermudahkan segala urusan,diselamatkan di dunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya ALLAH...permudahkan segala urusan kami didunia dan akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: