YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

FARIDUL HAFIZ

2 tahun yang lepas

Semoga diselamatkan dari kemudaratan fitnah akhir zaman dan mendapat kebaikan hidup dunia & akhirat

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR AZLINA HUSSAIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku, kurniakan rezeki yang berkat, banyak dan halal agar dapat aku langsaikan hutang2 aku. Aamiin Ya Mujib

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR AZLINA HUSSAIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku dan tetapkan keimanan dalam hatiku sehingga akhir hayat. Berilah aku rezeki yang berkat, banyak dan halal.Aamiin Ya Mujib

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NIK MOHD RADZI BIN NIKWAN

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah sentiasa dan dinpermudahkan urusan dunia dan akhirat..

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SANI BIN HASHIM

2 tahun yang lepas

Doakan sy cepat sembuh daripada stroke... Aamiin

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FARADHIL

2 tahun yang lepas

Doakan saya sihat sekeluarga dan kejayaan saya dalam bidang hartanah

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: