YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

AZIZUL AKRAM BIN SALIM

3 tahun yang lepas

Doakan agar saya dan keluarga dipermudahkan urusan & diberi rezeki berlipat kali ganda. Diampunkan dosa dan masuk syurga tanpa hisab

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan kami diberi kesihatan berpanjangan dan rezeki yg diberkati

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan & mendapat keberkatan ramadhan kareem

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa aku dan suamiku.. kurniakanlah kami zuriat jika itu yang terbaik. Permudahkan lah dan limpahkanlah rezeki kepada kami, majulah perniagaan2 kami.Engkau Maha Mengetahui. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

doakan semoga sy dan keluarga panjang umur murah rezeki

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, berkatilah usaha dan rezeki kami.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: