PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan Dan dimurahkan rezeki dgn rahmat dari Allah..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORITA BAHARUDDIN

1 tahun yang lepas

Mg Allah ampunkan dosa2 kami sekeluarga kedua ibubapa kami serta seluruh umat islam. Permudahkan urusan kita semua, luaskan pintu rezkinkita semua dgn keberkatan.. dan mendapat husnul kotimah dipengakhirannya nanti aamiin3

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah mudahkanlah urusan mereka di sana. Dan mudahkanlah jua urusanku di sini. Izinkan aku lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah mudahkanlah urusan mereka di sana. Dan mudahkan jua urusanku di sini. Izinkan aku lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan semua urusan mereka di sana Ya Allah. Dan mudahkan jua urusan ku disini. Semoga aku lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dirahmati diberkati hidup dunia akhirat. Dilindungi drpd segala bahaya.Dipermudahkan segala urusan,Dimurahkan rezeki seluas muka bumimu dan tak akan pernah terhenti seperti air zamzam mengalir di seluruh dunia,ampuni segala dosa2,ditemukan dengan jodoh yang baik2 yang terima seadanya, akan menyayangi,membahagiakan,bertanggungjawab,sama2 ke jalan mu ya allah, Aamin ya allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: