PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga yg ditimpa bencana Dan masalah di mudahkan Oleh allah..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD AIZAT

1 tahun yang lepas

Semoga kami sekeluarga dalam rahmat Allah, diselamatkan drpd azab kubur dan azab api neraka. Serta disembuhkan drpd segala penyakit.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, aku mohon perlindungan dan rahmat-Mu serta kerberkatan dan keredhaan-Mu. Ampunilah dosa2ku dan jauhkanlah aku, keluargaku serta seluruh umat muslimin dan muslimat dari balasan api neraka. Aamiin Aamiin allahuma Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga saya dalam keadaan beristikomah dan sentiasa di jalan Allah Swt

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD AIZAT

1 tahun yang lepas

Semoga saya sekeluarga dilimpahkan kasih sayang Allah, diampunkan segala dosa2, dan diselamatkan drpd azab kubur dan azab api neraka, serta disembuhkan drpd segala jenis penyakit.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: