Belum berdaftar? Daftar sekarang!
YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.
Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.
Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.
YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.
Hamba Allah
Semoga sesiapa yang membaca ini diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. Semoga Abdul Aziz Bin Mansur, Rasuna Binti Shahbudin dan Shafiq Sunazman Bin Abdul Aziz, sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
NURUL AMALINA BINTI ABDUL SHUKOR
Semoga dipermudahkan kempen ini… Doakan saya Nurul Amalina Binti Abdul Shukor, Suami saya Abdul Rahman Bin Ahamad & anak kami Aidan Daris Bin Abdul Rahman supaya sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan & dilimpahkan rezeki yang luas…
Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini