YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Kita saling memerlukan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga kita beroleh keberkatan di bulan ramadan ini. InsyaAllah

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami. Kau mewahkanlah rezekiku seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku dalam mencari rezeki. Ya Allah, Kau berilah aku peluang untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau majukanlah bisnesku semaju-majunya dan jadikanlah bisnesku lebih maju dari hari-hari sebelumnya. Aamiin.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Amirul Hilmi Hanizam sihat dan berjaya dunia akhirat. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: