YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Bismillah, semoga kempen ini berjalan lancar dan dapat mengumpul dana sebanyak yang diperlukan untuk menjayakannya.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, aku sedekahkan pahala derma ini kepada arwah abah & ayah tiri saya. Semoga mereka diringankan azab dikubur dan diakhirat, di lapangkan kuburnya, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah, semoga mak dan ayah saya SITI JAMEAH BT HJ YUSOF dan RAMLI BIN ANI ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Masuk ke syurga tanpa hisab. Amin

Anda dan 6 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kami. Dimurahkan rezeki kami. Ditempatkan bersama para solihin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

semoga dengan sumbangan yang kecil ini dapat memberikan kegembiraan kepada anak yatim dan asnaf untuk berhari raya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JAMILAH BINTI ABD SALLAM

3 tahun yang lepas

Mohon didoakan agar Puan Jamilah Abd Sallam dan seluruh keluarga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: