Belum berdaftar? Daftar sekarang!
YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.
Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.
Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.
YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.
NAZEER KHAN BIN MOHD MAIDEEN
Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq Ya Wahhab Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, Astaghfiruka wa atubu ilaik. Ampunilah dosa dosa kami dan kurniakan rezeki yang melimpah kpd kami. Permudahkanlah urusan kami, dunia & akhirat, utk kita semua.
Anda mengaminkan doa ini
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Al-fatiha untuk arwah ayah, mak dan kakak saye. #jumaan bin udin #zarah binti ramin #norsopiah binti jumaan Semoge allah mengampuni dosa mereka,, mencucuri rahmat,,memberi ketenangan dan juga kebahagiaan kepada mereka di sana,, begitu juga kepada seluruh Muslimin Muslimat,, mu'minin,, mu'minat,, dan suluruh umat nabi Muhammad saw,, aminn
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini