YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Aktif sejak Apr 08, 2022

Tentang Penganjur

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.


Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.


Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.


YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.

No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ybk@ybk.org.my
+601156457832
+60378750036

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..kurniakan kami redha dan rahmatMu Ya Allah..aminnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NAZEER KHAN BIN MOHD MAIDEEN

3 tahun yang lepas

Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq Ya Wahhab Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, Astaghfiruka wa atubu ilaik. Ampunilah dosa dosa kami dan kurniakan rezeki yang melimpah kpd kami. Permudahkanlah urusan kami, dunia & akhirat, utk kami semua.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kerana Mu Ya Allah dan Ya Allah dan aku niat untuk menjaga dan menghalalkan Nur Amirah Shaaban Ya Allah....Akhiri hubungan kami dengan kebahagiaan Ya Allah....didekatkan dan disatukan Ya Allah...dipermudahkanlah jalan kami Ya Allah....

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah limpahkan lah rezeki pada diriku, sihatkan lah tubuh badan ku, panjangkanlah umur ibu bapa ku serta berikan lah jodoh yang baik pada diriku aamiin aamiin🤲🏻😊

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah kau permudahkan segala urusanku serta keluarga dan bukakanla seluasnya pintu rezeki kepada kami. Aminn

Anda dan 6 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: